Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Gombak

Lokasi

Stesen ini terletak di utara Taman Melati, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, stesen ini terletak di negeri Selangor kerana kedudukan stesen ini berhampiran sempadan KL-Selangor. Di sebelah barat stesen adalah Jalan Terminal putra manakala di sebelah timur stesen adalah Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Juga terletak berhampiran stesen adalah Kampung Tengah Tambahan MRR2, taman perumahan Cemerlang Heights, Putra Villa Condominium dan Flat Taman Melati.

Pelan stesen

L1
Platform
KJ Arah Selatan5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Taman Melati)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
KJ Arah Utara5 Laluan Kelana Jaya berakhir di stesen ini, keluar sahaja
GAras tanahMesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, pintu masuk/ keluar, tempat letak kenderaan bertingkat, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana aras legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU, parkir kereta OKU dan lif. Selain itu, terdapat 1260 petak parkir kereta — 24 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU dan 155 petak parkir disediakan khas untuk wanita —[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan Bas

Bas RapidKL laluan T200, T201 dan bas Smart Selangor laluan MPS1 berkhidmat di stesen ini.